PEMBANGUNAN STUDIO BALAI DAKWAH KMP

Untuk pengetahuan anda semua, kami sedang kumpulkan dana untuk membangunkan studio Al-Quran yang lebih professional.
KMP dalam usaha nak bagitahu masyarakat bahawa pembelajaran Al-Quran ni bukan pembelajaran biasa-biasa macam orang luar fikirkan.
Kami nak orang lihat yang pembelajaran Al-Quran ini adalah pembelajaran yang mulia dan dipandang tinggi.
Studio yang kami nak bangunkan ni adalah studio untuk dakwah. Banyak program yang bermanfaat kami akan buat dalam studio ini. Insha Allah.
Program percuma juga akan dilaksanakan dalam studio ini. Antaranya program ceramah-ceramah agama, kelas-kelas pengajian, kami nak buat live mengajar Al-Quran pun dalam studio dakwah ni.
Untuk infaq studio dakwah, kami tak meletakkan jumlahnya berapa. Tuan/puan boleh infaq seberapa banyak yang boleh mengikut kemampuan tuan/puan.
Allah SWT ada berkata dalam surah Al-Zalzalah Ayat 7
Maksudnya: “Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.”
Tuan-tuan dan puan-puan, harta yang kita infaqkan di jalan Allah itulah yang akan kekal, yang akan jadi harta kita yang sebenar, yang akan kita bawa ke akhirat kelak setelah kita mati nanti.
Kami doakan semoga setiap program Al-Quran, huruf-huruf Al-Quran yang dibacakan dan program-program agama yang dijalankan, moga ada pahala yang Allah sediakan bagi mereka yang berinfaq.
Kalau berminat untuk infaq, niatkan supaya infaq yang kita berikan, semoga Allah gandakan rezeki kita. Insha Allah, Allah akan gandakan rezeki kita dengan berlipat kali ganda.
KLIK BUTTON JIKA ADA SOALAN